Pages

Saturday 5 February 2011

Perhimpunan Penerapan Nilai Murni 1 Malaysia

Program ini bermula pada 11 Januari 2011, dimulakan pada setiap pagi Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat seawal 7.30 pagi hingga 7.40 pagi. Dikendalikan oleh guru bertugas mingguan. Murid akan membaca teks mengikut modul yang disediakan, guru akan menghuraikan teks tersebut. Diharapkan program ini akan berjalan secara berterusan untuk memantapkan disiplin dan nilai murni di kalangan murid sekolah rendah di Negeri ini.


Kursus Kepimpinan Pengawas 2011









Tarikh : 28-29 Januari 2011
Hari : Jumaat & Sabtu
Sasaran : Pengawas Sekolah, Ketua & Penolong Ketua Kelas, Pengawas PSS & PRS (110 orang)
Pengisian :

28.01.2011 (JUMAAT)
3.00- 5.00 petang - LDK
5.00 petang - Minum petang & Bersurai

29.01.2011 (SABTU)
8.00 pagi - Pendaftaran
8.00-10.00 pagi - Ceramah 1 “Peranan Pengawas dan Ketua
Kelas ke arah Salahlaku Sifar” oleh : En. Abdul Halim b. Md. Akhir
(GBK SK Kayang)

10.00- 10.30pagi - Minum pagi

10.30- 12.30 tgh. - Ceramah 2 “Kepemimpinan Cemerlang”
Oleh : Pn. Rohana bt. Mat (GBK SK Stella Maris)

12.30-1.00petang - Majlis Penutup & Penyampaian Sijil,
Makan tengahari & Bersurai

Pelantikan Pengawas 2011

Pelantikan Pengawas Sekolah
Tarikh : 10 Januari 2011
Hari : Isnin

Seramai 35 orang pelajar SK Jejawi telah diberi watikah pelantikan pengawas bagi sesi 2011.
Watikah tersebut telah dismpaikan oleh Guru Besar SK Jejawi, En. Mohd. Zain b. Omar.

Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Dan PRS
Tarikh : 24 Januari 2011
Hari : Isnin

Seramai 34 orang Pengawas PSS dan 10 orang murid PRS telah dilantik sebagai Pengawas PSS & PRS pada tahun ini. Watikah ini telah disempurnakan oleh En. Razali B. Ibrahim
(PK Pentadbiran)





Friday 4 February 2011

SELAMAT DATANG 2011

KISAH PISANG DAN HATI

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci...!
sekadar tatapan minda...